Assalamualaikum pada semua pengikut dan pengunjung setia AVONPARADISE
Saya dengan dukacitanya nak menyampaikan makluman bahawa saya terpaksa menutup sementara aktiviti blog AP ni. Bukan tak sayang pada blog ni, tapi sebabkan saya ada sedikit kesulitan, dengan berat hati terpaksa tangguhkan dulu aktiviti dan urusniaga di blog ini.
Berapa lama?? Saya pun tak dapat nak pastikan. Apapun saya harapkan semuanya ini tak berkekalan dan dapat teruskan blog ini dalam sedikit masa lagi. Tapi jangan risau, saya cuma tak apdet katalog @ info terkini je. Saya tak bercadang nak tutup terus blog ni. Anda masih boleh dapatkan info & petua serta panduan yang terdahulu , yang pernah saya tulis sebelum ni..
Ok lah, itu je makluman nak bagi tahu. Kesian pada korang yang ada buat order.. Kalau stok masih ada di tangan saya boleh uruskan untuk pos. Kalau takde stok tu, saya terpaksa tolak buat masa ni..Harap maklum ye..














































































